Wednesday, September 20, 2017

EP42 皮亚探险乐园 RANJAU SAMUDERA BIAK

Monday, September 18, 2017

EP41 二百公尺JIG鲁趸 YO YO KERTANG 200 METER

,,

Kerapu kertang

Kerapu kertang (Epinephelus lanceolatus) adalah ikan bertulang sejati (Osteichthyes) terbesar di terumbu karang dan merupakan salah satu ikan terpopuler di perairan Indonesia. Ikan ini juga menjadi emblem negara bagian Queensland,Australia. Habitat alaminya adalah perairan terumbu dengan kedalaman sampai 100 m (330 ft) di seluruh kawasan Indo-Pasifik dengan perkecualian Teluk Persia, selain itu ia juga dapat menasuki muara/estuarin[2].

Sunday, September 17, 2017

EP27 缅甸海山揭秘 RAHSIA BURMA BANK

,,
Ikan Merah masak halia


Ikan merah masak halia.
Resepi;

Bahan2;
Ikan (terpulang la ikan ape pun)
Halia (ikut nak byk mana pun)
1 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
Sedikit lada hitam

Cadangan bahan2 utk side-kick..
Lada benggala, kobis bunga, hirisan halia & sedikit daun sup. (adjustable)

Cara2 menyediakan;
Ikan terlebih dahulu dilumur dgn kunyit serbuk & garam.
Digoreng (terpulang la nak garing, separuh garing etc)
Ketepikan.
Blend halia, bawang besar & bawang putih
Tumis hingga naik bau.
Kemudian campurkan sedikit air, kicap & sos tiram.
Bila dah mendidih masukkan lada hitam yg telah ditumbuk sedikit (kalau KURANG RAJIN, guna lada sulah je).
Bila kuah dah hampir masak (agak2 la), boleh la masukkan bahan2 sampingan ie. lada benggala, bunga kobis, hirisan halia & daun sup (etc).
Perasakan dengan garam (jika perlu sbb kicap & sos tiram dah masin)
Hidangkan ikan dlm bekas yg sesuai.
Last but not least, siram kuah tadi atas ikan.
Sedia utk di NGAP

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ikan Aji-Aji Jalur Kuning atau nama saintifiknya Seriola dumerili, adalah sejenis spesies ikan laut dan banyak terdapat di pesisir pantai dalam famili Carangidae genus Seriola.[1]

Ia terdapat di lautan Mediterranean, lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan persisiran India, berada antara kedalaman 20 dan 70 m (dengan maksima 360 m). Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan genus terbesar dalam keluarga Carangidae, dengan panjang maksima sekitar 200 cm.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan ikan pelagik pantas berenang dengan tingkah-laku menyerupai 'Seriola lalandi dorsalis' (Yellowtail amberjack/kingfish). Ia merupakan ikan keperakan dengan garis kuning pada bahagian sisi, dengan belang perang melintasi bahagian mata.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning merupakan pemangsa berkuasa yang memburu ikan dan haiwan bertulang belakang lain.
Ikan Aji-Aji Jalur Kuning amat digemari oleh nelayan sukan kerana ia merupakan ikan yang berkuasa dan agak besar, malah sehingga 70 kg. Ia juga merupakan ikan yang sedap dimakan. Ia juga merupakan ikan buruan besar dan amat tangkas perbandingan paun dengan paun.https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Aji-Aji_Jalur_Kuning



Saturday, September 16, 2017

EP12 九屿岛新搞作 LANGKAH BARU PULAU SEMBILAN

,,
Ikan Alu-alu atau barakuda ialah sejenis ikan dalam kelas Actinopterygii yang dikenali sebagai ikan yang menyeramkan dan berukuran tubuh besar, iaitu panjangnya berukuran enam kaki dan lebar satu kaki.[2] Tubuhnya panjang dan ditutupi olehsisik yang halus. Ikan ini dapat ditemukan di jaluran lautan tropika dan subtropika di seluruh dunia misalnya di kawasan lautan Ambalat. Alu-alu ialah salah satu jenis ikan daripada genus Sphyraena, satu-satunya genus dalam familiSphyraenidae.
Ada 27 spesies Alu-alu yang diketahui:

Friday, September 15, 2017

EP23 完全马鲛手册 TAKTIK TENGGIRI

,,
Tenggiri atau nama Inggerisnya Spanish mackarel serta narrow-barred Spanish mackarel merupakan spesies ikan air masin yang cukup popular bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. Spesies dengan nama binomialnya Scomberomorus commerson merupakan ikan mackarel dalam keluarga Scombridae. Spesies ini boleh ditemui dalam lapangan yang luas berpusat di Asia Tenggara, merangkumi barat dan pantai timur Afrika. Spesies ini juga bertaburan di Timur Tengah di utara Lautan Hindi sehingga ke barat daya Lautan Pasifik. Spesies S. commerson ini juga cenderung untuk berenang di kawasan pesisir dan juga laut lepas di kawasan yang mempunyai sistem terumbu karang atau berstruktur sedikit berbatu. Kawasan kedalaman air sekitar 10 hingga 50 meter merupakan habitat pilihan bagi spesies pemangsa ini.
Dalam perspektif morfologi, spesies yang turut dikenali dengan nama Spaniards (merujuk kepada nama Spanish mackarel) oleh pemancing global ini boleh dikenal pasti melalui bentuk badannya. Bentuk badannya berbentuk tipikal bagi ikan mackarel di mana badannya agak panjang dan berbentuk torpedo serta mempunyai garisan hitam berbentuk bar dari atas badan hingga ke bahagian abdomen. Warna badannya pula ialah hijau kebiruan dan bahagian abdomen lebih kepada tona warna putih keperakan. Spanish mackarel memiliki barisan gigi yang cukup kuat dan tajam. Gigi ini merupakan senjata utamanya selain daripada ketangkasan dan kekuatan renangannya.
Tenggiri atau spesies mackarel ini turut dikenali sebagai spesies ikan epipelagic serta spesies neritik yang merupakan spesies migrasi mengharungi garisan renangan yang panjang. Begitu pun terdapat juga kalangan ikan ini yang menjadi residen tetap kepada sesebuah lokasi. Bergantung kepada suhu sesuatu kawasan, musim mengawan bagi spesies ini agak bervariasi. Di Timur Afrika, lazimnya berlaku pada bulan Oktober hingga Julai, Disember hingga Februari di sekitar Madagascar dan Mei hingga Julai di kawasan Madras (Chako, Thomas & Pillay, 1968). Menurut dapatan daripada Lewis, Smith & Keaney, 1974, musim mengawan bagi mackarel di kepulauan Taiwan an New Guinea pula sekitar Julai hingga Disember.
Seperti kebanyakan spesies dalam genus ini, S. commerson menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai diet utama. Ikan seperti sardin, spesies carangidae yang lebih kecil serta udang turut menjadi antara mangsa yang
Spaniards yang tangkas ini mampu membesar sehingga 50 kilogram dan mencapai panjang maksimum sekitar dua meter. Begitu pun saiz tipikal bagi tenggiri ialah sekitar lima hingga sepuluh kilogram di kebanyakan tempat dan jika terdapat saiz melebihi 25 kilogram, spesimen tersebut dianggap sebagai saiz mega. Kebiasaannya, tumbesar panjang badan bagi Spanish mackarel yang besar akan terhenti apabila berat mencapai sekitar 25 kilogram. Sebaliknya tumbesaran akan beralih kepada bahagian saiz badannya di mana akan menjadi lebih tebal dan tegap menyerupai spesies dog tooth tuna atau aya budak. Spesimen begini dikatakan memberikan kepuasan total kepada pemancing dalam pertarungan.

http://www.umpan.com.my/umpanpedia/tenggiri-101-pengetahuan-umum-tentang-ikan-tenggiri-1.701976#.WbyGQ9R96mU

Monday, September 11, 2017

EP13 梅花追缉令 PENDEKAR TOMAN BUNGAH

,,
Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak diberitakan ikan ini suka menggigit manusia.
Di California US ia dikenali sebagai 'snakehead'.Dipercayai dibawa masuk oleh peniaga dari Asia dan dilepaskan ke dalam sungai secara haram https://ms.wikipedia.org/wiki/Ikan_Toman

Saturday, September 9, 2017

EP29 逍遥鳝乐园 SELONGKAR LUBANG MISTERI

,,
Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa.
Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.https://ms.wikipedia.org/wiki/Belut

 SELONGKAR LUBANG MISTERI

Friday, September 8, 2017

EP31海滩大游戏 TARIAN BURUNG PANTAI

,

Ikan Pari

Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatidae adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia.
Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali.
Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.
Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine.
Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia."
Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat.


       TARIAN BURUNG PANTAI

    Formulir Kontak



    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *